ingin ketahui barangan yg di jual sila lawati ke kedai online tersebut yaaa... Milik kakak saye..;) jgn lupa taooo!! singgah2x laaa... klik di sini!

Sunday, July 26, 2009

PTPTN (PART 1)

Pagi semalam,
Aku bangun awal. sebaik kakiku mendarat di atas lantai. Aku segera mengeliat.
Setelah puas, ku lihat muka di cermin sambil membuang tahi mata dan berfikir "aku masih cantik seperti semalam". :))
Kemudian bertafakur sebentar memikirkan apa yang perlu di lakukan seterusnya.
Ok! sudah ingat. Kemas baju-baju yang perlu di hantar pulang ke rumah sebelum UPK membungkusnya ke dalam beg plastik hitam kerana tidak menepati syarat tatadiri. Ini termasuklah seluar pendek dan baby T yang pendek. Terima Kasih Umi keran sudah membelikan aku sepasang baju tidur Hello Kitty yang seluarnya sedikit pendek bila di pakai. Mungkin kerana aku semakin meninggi barangkali. Tidak mengapa, cuma di pakai dalam bilik sahaja. Kalau di bawa kuliah mungkin Abul akan tersenyum kambing sambil membuat muka berlagak dia. Owh, sangat poyo bila di bayangkan.

Seterusnya, baju-baju sudah habis di kemas dan masa untuk membasuh baju yang tidaklah berlambak, cuma berlonggok saja. Kemudian segarkan badan dengan aroma sabun Honey Bee di dalam bilik shower yang "cantik amat". Memang segar lebih-lebih lagi apabila berada di Segamat yang pada hari Khamis lalu kelihatannya seperti mengalami jerebu yang masih di tahap permulaan. Alhamdulillah semuanya biasa sahaja pada keesokkan hari. Sesudah itu, menyiapkan diri dengan berbaju kurung agar tampak manis bila di pandang untuk ke DST. Acara membuat permohonan PTPTN akan bermula pada jam 10am. Tidak ku ketahui pukul berapa ketika itu kerana jam tangan tertinggal sudah di dalam bilik yang aku huni bersama-sama dengan Apiz yang mana ketika aku melangkah keluar, masih nyenyak memeluk bantal bunga-bunga dia. Waah! sungguh tenang dia tidur. Lalu aku aturkan langkah ke DST dengan harapan tiada borang yang tertinggal, manakan nanti senak perutku untuk berpatah balik. Berhenti seketika di Bangunan Sri Bendahara untuk mengambil udara dan kebetulan Ron dan Zee turut serta.

Kakiku melangkah penuh semangat ke DST walaupun perut menjerit-jerit minta di isi bersama-sama Zee, Ron dan Aaie yang datang sedikit lambat dari kami. Mungkin dia mengalami sedikit masalah ketika di dalam perjalanan ke SB. Jam menunjuk waktu masih lagi awal, namun pelajar-pelajar lain turut menunjukkan komintmen yang tinggi. Yang pada dasarnya niat mereka adalah untuk pulang cepat ke kampung halaman. 20 minit sebelum jam 10 kami telah di benarkan masuk. Aku dan Aaie menunggu penuh sabar kedatangan pensyarah ke dalam dewan tidak seperti pelajar lain yang menunggu kedatangan pihak PTPTN. Mengapa kehadiran pensyarah yang kami harapkan?? Ini kerana aku ingin memohon restu beliau agar mendoakan permohonan aku tidak di tolak. Dan pada sesungguhnya aku hanya mahukan cop saksi bagi borang-borangku yang masih putih tanpa cop biru basah yang sungguh besar itu.

Habis borangku di cop, aku tersangkut di hadapan meja pensyarah kerana ramai pelajar yang kurang sabar turut mahu meminta cop pensyarah itu. Mungkin beliau kelihatan seperti Joe Jonas atau pelakon kegemaranku Leonardo DiCaprio atau mungkin Orlando Bloom. Owh, aku amat suka pada Lando kerana dia sangat macho. Itu memang sudah pasti kerana kajianku menunjukkan hampir 60% peminat meminati artis kesukaannya adalah kerana rupa paras yang cantik dan hensem. Begitu juga aku. Berbalik semula ke dalam DST, aku berjaya meloloskan diri dari manusia-manusia yang amatlah ramai lalu ku tujukan kakiku ke salah satu kerusi plastik yang telah di sediakan di sana. Terima Kasih kepada pihak tertentu yang tidak ku kenali kerana sanggup mnyediakan kerusi buat kami, tidak perlulah kami melenguhkan kaki kami dengan berdiri terlalu lama yang di mana aku lihat pada akhirnya ramai yang mengadu mengalami kekejangan kaki kerana terpaksa juga berdiri lama ketika sesi permohanan PTPTN dibuat. Sedang aku mengusha pergerakkan manusia-manusia di dalam DST itu, ketika itu juga aku terlihat dari kejauhan Aaie masih lagi berdiri di hadapan meja pensyarah itu. Adakah ini kerana dia tertarik dengan raut wajah beliau yang pada pemikiran aku, Ayah dua kali ganda lebih kacak. Owh tidak, aku dengan segera melangkah ke destinasi yang bukan tujuanku untuk menanyakan masalah yang di hadapi Aaie di sana yang kebanyakkan orang sukar untuk memahami apa yang di tuturkan dia kerana loghat Sabah yang pekat. Hijrah sangat kejam kerana suka ejek Aaie dengan menggunakan loghat suku kaum Asli di Sarawak. Hijrah, kau memang tak ada bakat cakap Sabah. :)
Sesi dialog bermula,


aku: "lambatnya ko."
Aaie: "Ini, die kate cop nie x boleh pakai" (dgn loghat Sabahnya.)
aku: "yeke? akunye bleh x?"
Aaie: "ntah.Cube kau tanya dia"
aku: "Encik, nie cop saksi saya nie bleh pkai x?"
Encik pensyarah: " nie cop cikgu koko ea? ermmmmm, tak"
aku: "hah??"

Aku dan Aaei saling berpandangan sambil membuat mulut "O"
Owh tuhan apa harus aku lakukan.


To be continue...






xoxo, Masturah Abd

4 comments:

The Blogwalker said...

cop yg dimaksudkan tu ape?
hee.

=)

*curious.curious

Masturah Abd said...

cop saksi penjamin mestilaa seseorang yg dari kelas A..
pengetua atau lects..
i wonder why penolong kanan koko xble??
ayah kte bleh senarnya..

The Blogwalker said...

entahle..
prasannye boleh.
dulu pngesahan sijil2 lepas jek.
=D
hee

b.j said...

gilo aq cuak ptptn dtg besok hahaha ahhhhhhhhhhhh