ingin ketahui barangan yg di jual sila lawati ke kedai online tersebut yaaa... Milik kakak saye..;) jgn lupa taooo!! singgah2x laaa... klik di sini!

Monday, July 27, 2009

PTPTN (PART 2)

Salam,
Ini merupakan babak kedua tentang kisah PTPTN aku kelmarin.
Setelah hampir 5 minit aku dan Aaie membuat muka "O", akhirnya kami tersedar dari lamunan lebih-lebih lagi apabila gerak geri kami rupa-rupanya sedang di perhatikan oleh encik pensyarah sambil tersenyum kambing. Owh tidak! aku berharap agar rupa aku ketika itu adalah seperti Taylor Swift atau Selena Gomez di mana aku rasa Taylor mempunyai mata kucing yang cantik, juga Selena dengan senyuman "cute"nya itu. Ahh!, pedulikan saja!. Bukannya senyuman beliau boleh menyelesaikan kekusutan yang sedang kami alami ini. Lalu dengan sepantas kaki kami yang boleh kami langkahkan, kami keluar dari DST sambil mengomel kecil. Banyak persoalan yang aku fikirkan terutamanya kenapa cop Guru Penolong Kanan tidak sah sedangkan suatu ketika dahulu Ayah pernah berkata, Penolong Kanan juga adalah jawatan dari kelas A. Tapi malangnya kuasa Penolong Kanan tidaklah sekuat mana. (harap En. kamarudin tidak bersedih dengan keteranganku ini dan mengambilnya sebagai kata-kata semangat supaya bekerja lebih keras lagi selepas ini). Ok, tanpa di sedari kami sudah berada betul-betul di hadapan CC Zamrud yang pada pemikiran aku skrin PCnya yang berbentuk tv LCD itu sangat tidak cantik dan besar amat. Mungkin ada makna tersirat di sebaliknya dimana pengguna yang rabun seperti aku tidak perlu duduk terlalu rapat dengan skrin yang sudah terang lagi jelas boleh di lihat dari kejauhan dan kelajuan internetnya yang sangat memberangsangkan dimana apabila anda sedang membancuh Milo, pasti sempat di habiskan dengan "feeling" yang cukup dalam.

Dengan berbaki tenaga yang tinggal, pintu CC itu di tolak rakus oleh Aaie sambil matanya meliar memandang setiap ceruk bilik itu mencari pekerja yang bertugas. "nak guna pc, 2 yerr..". katanya sambil tercungap. Setelah melabuhkan punggung masing-masing ke atas kerusi empuk bertakhtakan habuk micro yang semestinya tidak boleh di lihat dengan mata kasar, Aaie segera mengeluarkan "pendrive"nya. Dan aku pula terpaksa menggunakan internet dan menekan papan kekunci PC dengan menaip perkataan "PTPTN". Di pendekkan cerita, setelah borang yang diperlukan aku di "print", segera kami langkahkan kaki kembali ke DST dan cop pensyarah itu sekali lagi kami minta. Habis semuanya selesai, sekarang tiba masa untuk pegesahan borang di kaunter PTPTN. Ish, ramai yang amat! macam ada "sale" separuh harga saja. Tiba-tiba aku rasa perut aku memainkan lagu keroncong yang pada zahirnya tidak memberi impak untuk aku menari, atau menyanyi tetapi lebih dasyat dari itu.

Aku: "Aaie, dah kol 1.20, jom pegi makan dulu laa".
Aaie: "Aku pon sudah lapar nie. jom laa"

Sedang pelajar lain penat melenguhkan kaki mereka dan menahan lapar kerana tidak mahu tempat beratur mereka di ambil alih, aku dan Aaie pula sedang enak menjamu nasi berlaukkan ayam masak cili api. Huh! pedas amat. Habis air limau ais aku minum. Sambil makan sempat juga berborak dengan Ijat yang menunggu giliran PTPTNnya pada hari Ahad. Memandangkan kami di anggap sebagai "senior" kerana giliran pada hari Sabtu, sedikit sebanyak nasihat telah kami berikan kepadanya. Memang berguna nasihat kami. Dia tak perlu menunggu giliran terlalu lama berbanding aku dan Aaie yang hampir Isyak, baru selesai semuanya. hukhuk..Lepas saja makan, aku dan Aaie terus pergi ke masjid, solat dan rehat sebentar. Apabila jam hampir pukul 3 baru kami bergerak ke DST semula. Adakah bilangan pelajar yang menunggu giliran sudah semakin kurang?? yaaa! semestinya tidak. Jadi agak berbaloilah bagi aku dan Aaie yang datang lambat ini. Sekurang-kurangnya kami tak perlu buat muka anjing tersepit menahan lapar. hahaha.

Dipendekkan lagi cerita ini, (sememang "entry" kali ini amat panjang walaupun di pendekkan masih panjang). Kami terus beratur di kaunter paling hujung sebelah kiri. Nampak gayanya pelajar di sebelah situ macam sikit, tapi kebanyakkannya lelaki pula. Ah, masuk jela!.

3.15pm..
4.15pm..
5.15pm..
6.15pm..

Aku: "Ish! pasal barisan ni tak bergerak langsung hah?? Tensionnye aku"
Aaie: " 2la pasal..aku pown tak tahu. apa yang lambat sangat nie"

Dah agak-agak lenguh kakiku berdiri, kali ini beratur pula dengan kerusi-kerusi sekali. Serius! memang letih. Tiba-tiba boleh pula aku terdengan encik PTPTN tue tanya seorang pelajar nie kenapa slip gaji ayah dia tak sama dengan yang dalam borang yang dia dah print tue. Terus aku "check" aku punya. Alamak! aku punya pun tak sama.

Aku: "Aaie, Slip nie kena sama dengan dalam borang ka?"
Aaie: "Aah, kau punya tak sama ka?"
Aku: Alamak! tak samala..macam mana nie.."

Dengan perasaan yang penuh cuak dan hampir nak menangis, aku terus "blank" tak tahu nak buat apa. Lalu, Aaie minta izin pada Azfar supaya bagi aku "check" borang aku dulu. Andainya ada masalah, bolehlah aku cepat-cepat betulkan. Alhamdulillah, semuanya ok sahaja. Aaie pula yang ada masalah. Memandangkan PTPTN ini amat menitik beratkan kekemasan, jadi "double signature" adalah tidak sah sama sekali. Jadi aku dengan baik hati dan mementingkan kawan, ceh! haha..aku pun balik ke kolej Zamrud untuk printkan beberapa helai borang untuk Aaie. Sempat juga aku beli air tin Black Current dalam perjalan kembali ke DST. Memang sedap air tue, siap ada aloevera lagi. Sampai sahaja di DST, aku terus bagi borang yang baru di "print" tue pada Aaie, dan dengan segera terus minum air tin ku dengan lahap sekali. Memang dahaga sangat! sangat yang amat. Sambil-sambil tunggu Aaie, aku pun borak-borak kejap dengan Syamsul dan Rashid yang di mana aku rasakan mata aku hampir nak terlelap saat itu juga. Waa! ngantuknya. Bila Aaie habis hantar borang dia dan semuanya beres, kami pun melangkah pulang ke kolej SMK. Dalam perjalanan, umi pula "call" aku, katanya sudah sampai di depan kolej. Aku amat bersemangat sekali ketika itu, mana tidaknya, malam itu juga aku akan pulang ke Banting!!






ps:- entry nie di post lambat kerana aku mengalami batuk dan demam "since" ahad hingga selasa. Alhamdulillah kesihatanku sudah kembali seperti sedia kala pada hari ini. Cuma batuk sahaja yang masih ada.




xoxo, Masturah Abd

2 comments:

fath said...

owh.
cuaknye story.
ni yang mnybbkan ak x ske uruskan borang2

leceh!~

Masturah Abd said...

aah..
memang leceh!
siap ade yg nangis lak 2,sakit jiwa di buatnya..
hahaha
:((