ingin ketahui barangan yg di jual sila lawati ke kedai online tersebut yaaa... Milik kakak saye..;) jgn lupa taooo!! singgah2x laaa... klik di sini!

Monday, July 27, 2009

PTPTN (PART 2)

Salam,
Ini merupakan babak kedua tentang kisah PTPTN aku kelmarin.
Setelah hampir 5 minit aku dan Aaie membuat muka "O", akhirnya kami tersedar dari lamunan lebih-lebih lagi apabila gerak geri kami rupa-rupanya sedang di perhatikan oleh encik pensyarah sambil tersenyum kambing. Owh tidak! aku berharap agar rupa aku ketika itu adalah seperti Taylor Swift atau Selena Gomez di mana aku rasa Taylor mempunyai mata kucing yang cantik, juga Selena dengan senyuman "cute"nya itu. Ahh!, pedulikan saja!. Bukannya senyuman beliau boleh menyelesaikan kekusutan yang sedang kami alami ini. Lalu dengan sepantas kaki kami yang boleh kami langkahkan, kami keluar dari DST sambil mengomel kecil. Banyak persoalan yang aku fikirkan terutamanya kenapa cop Guru Penolong Kanan tidak sah sedangkan suatu ketika dahulu Ayah pernah berkata, Penolong Kanan juga adalah jawatan dari kelas A. Tapi malangnya kuasa Penolong Kanan tidaklah sekuat mana. (harap En. kamarudin tidak bersedih dengan keteranganku ini dan mengambilnya sebagai kata-kata semangat supaya bekerja lebih keras lagi selepas ini). Ok, tanpa di sedari kami sudah berada betul-betul di hadapan CC Zamrud yang pada pemikiran aku skrin PCnya yang berbentuk tv LCD itu sangat tidak cantik dan besar amat. Mungkin ada makna tersirat di sebaliknya dimana pengguna yang rabun seperti aku tidak perlu duduk terlalu rapat dengan skrin yang sudah terang lagi jelas boleh di lihat dari kejauhan dan kelajuan internetnya yang sangat memberangsangkan dimana apabila anda sedang membancuh Milo, pasti sempat di habiskan dengan "feeling" yang cukup dalam.

Dengan berbaki tenaga yang tinggal, pintu CC itu di tolak rakus oleh Aaie sambil matanya meliar memandang setiap ceruk bilik itu mencari pekerja yang bertugas. "nak guna pc, 2 yerr..". katanya sambil tercungap. Setelah melabuhkan punggung masing-masing ke atas kerusi empuk bertakhtakan habuk micro yang semestinya tidak boleh di lihat dengan mata kasar, Aaie segera mengeluarkan "pendrive"nya. Dan aku pula terpaksa menggunakan internet dan menekan papan kekunci PC dengan menaip perkataan "PTPTN". Di pendekkan cerita, setelah borang yang diperlukan aku di "print", segera kami langkahkan kaki kembali ke DST dan cop pensyarah itu sekali lagi kami minta. Habis semuanya selesai, sekarang tiba masa untuk pegesahan borang di kaunter PTPTN. Ish, ramai yang amat! macam ada "sale" separuh harga saja. Tiba-tiba aku rasa perut aku memainkan lagu keroncong yang pada zahirnya tidak memberi impak untuk aku menari, atau menyanyi tetapi lebih dasyat dari itu.

Aku: "Aaie, dah kol 1.20, jom pegi makan dulu laa".
Aaie: "Aku pon sudah lapar nie. jom laa"

Sedang pelajar lain penat melenguhkan kaki mereka dan menahan lapar kerana tidak mahu tempat beratur mereka di ambil alih, aku dan Aaie pula sedang enak menjamu nasi berlaukkan ayam masak cili api. Huh! pedas amat. Habis air limau ais aku minum. Sambil makan sempat juga berborak dengan Ijat yang menunggu giliran PTPTNnya pada hari Ahad. Memandangkan kami di anggap sebagai "senior" kerana giliran pada hari Sabtu, sedikit sebanyak nasihat telah kami berikan kepadanya. Memang berguna nasihat kami. Dia tak perlu menunggu giliran terlalu lama berbanding aku dan Aaie yang hampir Isyak, baru selesai semuanya. hukhuk..Lepas saja makan, aku dan Aaie terus pergi ke masjid, solat dan rehat sebentar. Apabila jam hampir pukul 3 baru kami bergerak ke DST semula. Adakah bilangan pelajar yang menunggu giliran sudah semakin kurang?? yaaa! semestinya tidak. Jadi agak berbaloilah bagi aku dan Aaie yang datang lambat ini. Sekurang-kurangnya kami tak perlu buat muka anjing tersepit menahan lapar. hahaha.

Dipendekkan lagi cerita ini, (sememang "entry" kali ini amat panjang walaupun di pendekkan masih panjang). Kami terus beratur di kaunter paling hujung sebelah kiri. Nampak gayanya pelajar di sebelah situ macam sikit, tapi kebanyakkannya lelaki pula. Ah, masuk jela!.

3.15pm..
4.15pm..
5.15pm..
6.15pm..

Aku: "Ish! pasal barisan ni tak bergerak langsung hah?? Tensionnye aku"
Aaie: " 2la pasal..aku pown tak tahu. apa yang lambat sangat nie"

Dah agak-agak lenguh kakiku berdiri, kali ini beratur pula dengan kerusi-kerusi sekali. Serius! memang letih. Tiba-tiba boleh pula aku terdengan encik PTPTN tue tanya seorang pelajar nie kenapa slip gaji ayah dia tak sama dengan yang dalam borang yang dia dah print tue. Terus aku "check" aku punya. Alamak! aku punya pun tak sama.

Aku: "Aaie, Slip nie kena sama dengan dalam borang ka?"
Aaie: "Aah, kau punya tak sama ka?"
Aku: Alamak! tak samala..macam mana nie.."

Dengan perasaan yang penuh cuak dan hampir nak menangis, aku terus "blank" tak tahu nak buat apa. Lalu, Aaie minta izin pada Azfar supaya bagi aku "check" borang aku dulu. Andainya ada masalah, bolehlah aku cepat-cepat betulkan. Alhamdulillah, semuanya ok sahaja. Aaie pula yang ada masalah. Memandangkan PTPTN ini amat menitik beratkan kekemasan, jadi "double signature" adalah tidak sah sama sekali. Jadi aku dengan baik hati dan mementingkan kawan, ceh! haha..aku pun balik ke kolej Zamrud untuk printkan beberapa helai borang untuk Aaie. Sempat juga aku beli air tin Black Current dalam perjalan kembali ke DST. Memang sedap air tue, siap ada aloevera lagi. Sampai sahaja di DST, aku terus bagi borang yang baru di "print" tue pada Aaie, dan dengan segera terus minum air tin ku dengan lahap sekali. Memang dahaga sangat! sangat yang amat. Sambil-sambil tunggu Aaie, aku pun borak-borak kejap dengan Syamsul dan Rashid yang di mana aku rasakan mata aku hampir nak terlelap saat itu juga. Waa! ngantuknya. Bila Aaie habis hantar borang dia dan semuanya beres, kami pun melangkah pulang ke kolej SMK. Dalam perjalanan, umi pula "call" aku, katanya sudah sampai di depan kolej. Aku amat bersemangat sekali ketika itu, mana tidaknya, malam itu juga aku akan pulang ke Banting!!






ps:- entry nie di post lambat kerana aku mengalami batuk dan demam "since" ahad hingga selasa. Alhamdulillah kesihatanku sudah kembali seperti sedia kala pada hari ini. Cuma batuk sahaja yang masih ada.




xoxo, Masturah Abd

Sunday, July 26, 2009

PTPTN (PART 1)

Pagi semalam,
Aku bangun awal. sebaik kakiku mendarat di atas lantai. Aku segera mengeliat.
Setelah puas, ku lihat muka di cermin sambil membuang tahi mata dan berfikir "aku masih cantik seperti semalam". :))
Kemudian bertafakur sebentar memikirkan apa yang perlu di lakukan seterusnya.
Ok! sudah ingat. Kemas baju-baju yang perlu di hantar pulang ke rumah sebelum UPK membungkusnya ke dalam beg plastik hitam kerana tidak menepati syarat tatadiri. Ini termasuklah seluar pendek dan baby T yang pendek. Terima Kasih Umi keran sudah membelikan aku sepasang baju tidur Hello Kitty yang seluarnya sedikit pendek bila di pakai. Mungkin kerana aku semakin meninggi barangkali. Tidak mengapa, cuma di pakai dalam bilik sahaja. Kalau di bawa kuliah mungkin Abul akan tersenyum kambing sambil membuat muka berlagak dia. Owh, sangat poyo bila di bayangkan.

Seterusnya, baju-baju sudah habis di kemas dan masa untuk membasuh baju yang tidaklah berlambak, cuma berlonggok saja. Kemudian segarkan badan dengan aroma sabun Honey Bee di dalam bilik shower yang "cantik amat". Memang segar lebih-lebih lagi apabila berada di Segamat yang pada hari Khamis lalu kelihatannya seperti mengalami jerebu yang masih di tahap permulaan. Alhamdulillah semuanya biasa sahaja pada keesokkan hari. Sesudah itu, menyiapkan diri dengan berbaju kurung agar tampak manis bila di pandang untuk ke DST. Acara membuat permohonan PTPTN akan bermula pada jam 10am. Tidak ku ketahui pukul berapa ketika itu kerana jam tangan tertinggal sudah di dalam bilik yang aku huni bersama-sama dengan Apiz yang mana ketika aku melangkah keluar, masih nyenyak memeluk bantal bunga-bunga dia. Waah! sungguh tenang dia tidur. Lalu aku aturkan langkah ke DST dengan harapan tiada borang yang tertinggal, manakan nanti senak perutku untuk berpatah balik. Berhenti seketika di Bangunan Sri Bendahara untuk mengambil udara dan kebetulan Ron dan Zee turut serta.

Kakiku melangkah penuh semangat ke DST walaupun perut menjerit-jerit minta di isi bersama-sama Zee, Ron dan Aaie yang datang sedikit lambat dari kami. Mungkin dia mengalami sedikit masalah ketika di dalam perjalanan ke SB. Jam menunjuk waktu masih lagi awal, namun pelajar-pelajar lain turut menunjukkan komintmen yang tinggi. Yang pada dasarnya niat mereka adalah untuk pulang cepat ke kampung halaman. 20 minit sebelum jam 10 kami telah di benarkan masuk. Aku dan Aaie menunggu penuh sabar kedatangan pensyarah ke dalam dewan tidak seperti pelajar lain yang menunggu kedatangan pihak PTPTN. Mengapa kehadiran pensyarah yang kami harapkan?? Ini kerana aku ingin memohon restu beliau agar mendoakan permohonan aku tidak di tolak. Dan pada sesungguhnya aku hanya mahukan cop saksi bagi borang-borangku yang masih putih tanpa cop biru basah yang sungguh besar itu.

Habis borangku di cop, aku tersangkut di hadapan meja pensyarah kerana ramai pelajar yang kurang sabar turut mahu meminta cop pensyarah itu. Mungkin beliau kelihatan seperti Joe Jonas atau pelakon kegemaranku Leonardo DiCaprio atau mungkin Orlando Bloom. Owh, aku amat suka pada Lando kerana dia sangat macho. Itu memang sudah pasti kerana kajianku menunjukkan hampir 60% peminat meminati artis kesukaannya adalah kerana rupa paras yang cantik dan hensem. Begitu juga aku. Berbalik semula ke dalam DST, aku berjaya meloloskan diri dari manusia-manusia yang amatlah ramai lalu ku tujukan kakiku ke salah satu kerusi plastik yang telah di sediakan di sana. Terima Kasih kepada pihak tertentu yang tidak ku kenali kerana sanggup mnyediakan kerusi buat kami, tidak perlulah kami melenguhkan kaki kami dengan berdiri terlalu lama yang di mana aku lihat pada akhirnya ramai yang mengadu mengalami kekejangan kaki kerana terpaksa juga berdiri lama ketika sesi permohanan PTPTN dibuat. Sedang aku mengusha pergerakkan manusia-manusia di dalam DST itu, ketika itu juga aku terlihat dari kejauhan Aaie masih lagi berdiri di hadapan meja pensyarah itu. Adakah ini kerana dia tertarik dengan raut wajah beliau yang pada pemikiran aku, Ayah dua kali ganda lebih kacak. Owh tidak, aku dengan segera melangkah ke destinasi yang bukan tujuanku untuk menanyakan masalah yang di hadapi Aaie di sana yang kebanyakkan orang sukar untuk memahami apa yang di tuturkan dia kerana loghat Sabah yang pekat. Hijrah sangat kejam kerana suka ejek Aaie dengan menggunakan loghat suku kaum Asli di Sarawak. Hijrah, kau memang tak ada bakat cakap Sabah. :)
Sesi dialog bermula,


aku: "lambatnya ko."
Aaie: "Ini, die kate cop nie x boleh pakai" (dgn loghat Sabahnya.)
aku: "yeke? akunye bleh x?"
Aaie: "ntah.Cube kau tanya dia"
aku: "Encik, nie cop saksi saya nie bleh pkai x?"
Encik pensyarah: " nie cop cikgu koko ea? ermmmmm, tak"
aku: "hah??"

Aku dan Aaei saling berpandangan sambil membuat mulut "O"
Owh tuhan apa harus aku lakukan.


To be continue...






xoxo, Masturah Abd

Sunday, July 19, 2009

Activity on Saturday Evening.

Salam..
What a wonderful evening we have yesterday..
Hahaha..had so much fun lebih-lebih lagi bila turun bukit..
Wrooommm..laju gilew macam bawak moto plak..
Bila nak naik bukit 2 yang xtahan 2..lenguh yang amat..
Teramat amat amat lenguh..
(mentang2 kat segamat, suka plak guna perkataan amat nie) hikssss..
Memang best gilew exercise naik basikal, semua yang tengah jogging 2 tengok saja sambil senyum-senyum.
Ada yang siap kata “laju lagi, laju lagi”. hahaha
But, kena hati-hati gak, kete banyak yang lalu..
Dah 2 bleh bawak slow plak, siap tnya part bpe bla bla bla.
Habis satu uitm kiteowang round then stop at dining room beli 100 plus.
Then, round agi uitm sampai kol 7 sumthing.
Dah abis semua, lepak-lepak jap,agak-agak nak azan Margrib terus naik bilik.
The End.


Lan and Zee semangat gilew bawak bike..
laju jew..haha

Jangan tiru aksi ini! Naik bike sambil ambil pic.
Nanti pic goyang. tq

Benti jap, kaki lenguh.:))

Lan, Mas, Zee and Suz
Tangan zee panjang, sebab 2 dia yg ambik gmbr.

Matahariku

Dah nak terbenam..cantek!!

Rest..brought to you by 100 plus and coca cola! thanks.hahaha

bike kuning!! paling seksa bile naik bukit,
but hebaaaatt bile turun..yeah!

kesian Lan, sampai xbleh nk jalan..haha




xoxo, Masturah Abd.


ps:- Nie entry ke 200.. yeah! :)

Saturday, July 18, 2009

Perjumpaan 'pipipit'. part 2

pegawai-pegawai tertidur agaknya, sebab 2 blom sampai agi.


M,I,Zee and S.hahaha


them

M and I.



Perjumpaan 'pipipit'

Salam semua..
Kabare?? Harap2 semuanya waras..
Haha..rase-rasenya kerap juga saya meng ‘update’ blog minggu ini..
Adakah kerana saya berasa amat tenang minggu ini,
Atau saya tidak ada kerja yang perlu di lakukan..
Atau saya malas nak buat semua kerja yang lects bagi..
Atau mungkin, minggu ini minggu ke ‘relax’an.
Yeee..memang pown. Assignments tiada pown for this week,
Owh wait a minute!! Keje En. Malik yang ‘History of Algorithm’ dah buat ckit jew..
2 xpe, just copy paste dari internet and then change ayat die. Hehehe
Napela En.Malik nie asyik mintak pasal History jew??
Maybe, history 2 subjek fevret die kat skol dulu. Errrmmm..apa-apa jela.
Panjang tol aku merepek baru nak citer kisah sebenarnya..
Tadi 2 mukadimah jew atau di kenali sebagai intro bagi sesape yang xtau 2..


Ok, perjumpaan ‘PPP’ aka ''pegawai pembangunan pelajar'' 2 pukul 9 tadi and berakhir pada pukul 12 malam.
It suppose to start at 8:45pm, tapi macam biasalaa..janji melayu!
Punyala datang kol 8 sebab di arahkan sebegitu..tapi start sejam kemudian..
Betol kate Lan, baek pegi beli makanan dulu before gi DST. Xdela balik nie lapar.
Tunggu pegawai datang punyala lambat, so apa agi..
Snap pics la nampaknya..haha
Perjumpaan nie senarnya nak bincang pasal kolej kat sector B.
Peraturan etc..ape ntah yang di bebel oleh mereka. Aku cuma set in my mine jew..
nak taip nie, xlaratlaaa..tadi balik siap main lari-lari ngan Lan, 2 yg letih terlebih 2..
:))


Sebelum aku terlupa, sapa yang xtau 2..aku dok sector B (sector baru).
Di mana menempatkan 4 buah kolej iaitu SMK, SAB, Zamrud and Intan.
Di sector A ada 4 lagi kolej perempuan (not so sure) and 2 kolej lelaki iaitu SR and TS.
Jadi kepada kawan-kawan aku di luar sana, klu datang segamat jangan plak cari aku kt TS or SR.
Confirm laa xjumpa..hiksss..
Banyak gakla benda yang di perkatakan tadi, klu x mesti 5 mins dah abis,xdela sampai kol 12. Hahaha..
Tapi aku sangat malas nak tulis sebab anda pasti malas juga nak baca,
So 2 jela aku nak tulis..perjumpaan ari2..mengalahkan PM plak kami nie..
Esok, gotong-royong kolej sector B. Waaaa, aku sangat x suka bangun awal pada weekend.
K la kena tido dah, nnty bangun lambat plak.


ps:- aku nak upload photos, dr 5mins, terus 30mins..gaban lama gilew!!
so, esok jela..nite! silap..morning semua.





xoxo, Masturah Abd

Thursday, July 16, 2009

Hari yang x berapa nak malang.

Salam,
Petang tadi hampir aje aku nak menitiskan air mata..
Ini semua gara-gara akak komander "Kesatria" yang cakap x serupa bikin 2..
Last week cakap lain, arinie sesedap je nak hukum..
Habis aku kena ketuk ketampi 5 kali..
Bunyi macam biasa saja, tapi klu anda sendiri x bersalah..
Layakkah anda di hukum?? Sabar2..

"Andai masa boleh di undur, pasti aku di pihak yang benar"

Thanks God because send Tuan Commander to us.
He's the one who teach us everything about "kawad"
He's damn funny with his serious face..
Serious ke?? Act, nope..his face also funny laa.
Like one of Malaysian actors, but don't remember the actor's name.
But if I show the actor's photo, i am sure people out there can recognise him.
With his cute tummy and smiles. I admired Tuan Commander.
Hahaha..Just kidding.

Tomorrow we only have MAT 222 class, 10am - 11.50am.
Then, we will going to library on the afternoon (zuhur) for study group with the boys.
Going to Kolej Intan to take room's key.
What else?? Erm, that's all perhaps.




xoxo, Masturah Abd.




Monday, July 13, 2009

'Gig' at Intan.

Salam,
We supposed to have a BELL class for the third time just now,
But our lect still not showing his/her face in front of us..
meaning, didn't come.
:((
So, we (Anis and I) decided to go back to my college, SMK (SiManja Kini) for helping Anis doing her works in blogging.
A blog that was asking by en.Malik since last week with the title, History of Computer.
But I still didn't understand, why my classmate especially boys still doing nothing.
I so wonder why??
he actually gave that task last week and they actually had a long time to do his task..
Bukannya copy paste student girls punya idea..
Ahh! that's not my problem..the most important thing is i've done mine!! yeahhh..

Dalam sibuk2 tengah wat blog 2, ade kawan plak ajak gi library,
Tapi xbleh nak pegi coz kol 9 pm nak pegi tengok 'gig' kat kolej Intan.
hahaha..bezla jugak performance diowang..
Yang group pompuannye aku xingat plak name..yg laki group name Khalifah.
Dah agak2 kol 10 lebih, 'gig' 2 pown berakhir..aku pown dah lapar tyme 2, terus jew pegi gerai burger yang berhampiran..
tapi manusia yang jual burger 2 betul2 wat kiteowang panas..blom agi kol 11 dah nak tutup gerai..
Huhh,kebulur jela malam nie..cume dapat beli 2 sosej dengan sos black paper nye yang bagi aku memang pahit gilew! eeuuww..
Pas2 terus balik bilik and baru jew kejap tadi ade meeting for wing 2B.
Esok kami budak-budak part 1 memang bz rasenye..ade yang pilih2 persatuan and kelab 2,
ape ea die panggil, mpkp?? ye kot..blueh!!aku pown lupe..
Wednesday, we have meeting with the MPP kat DST, if I not mistaken..
semuanya aku x sure coz akak wing cap, kak emma cakap laju sangat..
:))

k la that's all for today..
Salam and nite everybody..
xoxo, Masturah Abd.



Bawah nie semua gambar mase tengah tengok 'gig' 2..
Semuanya gelap kerana my hp xde disediakan 'flash' apabila setiap kali gambar diambil..
Mungkin harganya mahal kerana ada 3G.
Tapi x guna gak, coz di sini langsung xde line 3G.
Jadi,kesimpulannya, hp Nokia 3100 pun ok gak!!








Saya tertanya2 kenapa gambar 'artis' tidak di ambil yer??
ermmm...

Saturday, July 11, 2009

no title

Waaahhh aku tau la dah lame aku x on9 myspace aku..
Ape agi facebook yang dah jadi macam “sarang tikus”.
Memang berkurun abad aku x bukak facebook,
Plus, aku sendiri xtau ape dah jadi ngan fb aku 2..
But x sangke pulak ramai sangat yang windu aku..haha
Everytime aku on9 ms, ade je yang nak add jadi friends laa..
Bagi comments x abis2..TAPI..
Tolong laaa manusia sekalian,aku x kenal pown kalian,
So why i must approved u as my friends hah??
bleh bagi reason x?? Aku pown dah penat nak pikir pasal 2 banyak kali..
Rase nye xpayah nak aku nak mintak maaf pada sesape yang dah terkena 2..
Ramai sangat, memang aku x ingat pown sape kowang..
Dari mane kowang datang etc. Apa ntah agi kenal sape kowang.
Malas nak tulis banyak kali kat status aku and i know, aku tulis kat sini pown bukan mereka yang nak add aku 2 baca..
Saje je nak lepaskan amarah aku kat sini..hahahaha..
Plus, aku bosan lak tunggu ex-roomate aku belikan makanan kt dining room.
Lame gaban dowang pergi, nie pesti pergi merayau-rayau sambil cuci mata..
Haksss..cuci mata kat abg yang jual burger 2 ke?? Tau la segamat x sebesor s.a or Melaka punya uitm, tapi x penat ke kowang jalan hah??
Mmg mereka xpenat jalan la 2 coz petang tadi kata mereka nak sewa basikal buat round2 uitm nie..
Amboi, naik basikal segala..x bleh bla tol arr..hahaha
aku nak gi kelas ari2 pown, dari x de semput terus ade plak karang..
Ish2, harap2 di jauhkan semua 2..
Kepada kawan-kawan sekolah rendah,menengah dan se angkatan dengannya klu ade..
Aku mintak maaf sesangat klu mesej kowag kt ms aku xsempat nak balas..
Bukan MALAS!! Lagi sekali aku ingatkan bukan aku MALAS,
Cume internet kat cini nak main cak-cak pula ngan aku..
Kejap ok, kejap ko. Aku pun xpaham nape,sekarang nie mmg bleh guna coz ramai student balik umah so line x bz sangat but still bengong+ngok ngek..
Aku baru jew check ms nie ade 7 orang agi nak add aku jd friends dowg but only 1 yang aku kenal..
Diana,dak uitm, kolej zamrud. Owg n9. 2 saje aku bleh bagitau..haha.
Yang lain2 2,cam biasela..DENY laa nampaknya..
k. out dulu..mau makan!!daaa..