ingin ketahui barangan yg di jual sila lawati ke kedai online tersebut yaaa... Milik kakak saye..;) jgn lupa taooo!! singgah2x laaa... klik di sini!

Friday, June 26, 2009

UiTM Segar Amat..here I come!

ps:- This entry is using 100% Malay Language.Thanks.




Salam semua..
Harap kalian semua sihat hendaknya. Amin..
Lama rasanya blog ini tidak ku update. Ya! Agak lama juga. Hampir beberapa hari lamanya.
Aku rasa semua pasti sudah tahu ceritaku kali ini. Mana tidaknya baca sahaja tajuk di atas, bukan susah sangat nak agak.'Entry' kali ini mengenai penghijrahan ku dan beribu bakal pelajar ke UiTM di seluruh Malaysia. Aku rasa semua orang tahu tentang hal ini. Mana taknya,bukan aku sorang je yang bakal jadi warga Uni. Bahkan, hampir beribu ramainya yang akan mendaftar esok. Harap-harap tak adalah 'traffic jam' atau 'accident'. Semoga semua itu di jauhkan.Update kali ini aku nak cerita pasal kawan-kawan yang masih berhubung dengan aku secara segaja atau tidak dan secara kerap atau jarang. ??, Ayat macam pelik sikitlaaa..




Fathiah
Ini 'bestish' aku. Dari dulu sampai sekarang. Dari darjah 5 kami selalu sama-sama. Pergi sekolah dan balik mesti sama-sama. Balik sekolah agama,mesti singgah kedai jajan. Kekadang Paley 'pau' kiteowang sebab dia nak beli aiskrim. Walaupun kami dah jarang sangat berhubungan, tapi aku masih sayang dia. (kami bukan lesbian ok!). Cuma yang bestnya sebab kami nie macam kembar. Muka memang sama dari dulu sampai sekarang. Orang mesti ingat kami adik beradik. Aku kakak dan dia adik walaupun pada dasarnya dia kakak. Tua 14 hari dari aku. (Kalau xsilap.)hihihi.. Cuma ketinggian saja berbeza. Aku tinggi lebih sikit dari Fath, sebab 2 kot orang ingat aku kakak. Hiksss..Nanti Fath akan sambung belajar di 'Middle East'. Dia dapat juga tawaran yang sama macam aku, tapi dia di Jengka.. Waaa!! Makin jauh aku dengan dia. Dahla dia kat Putrajaya pun aku tak dapat jumpa. Waktu reunion 2 jela..:(( Takpe,ada jodoh kita akan jumpa lagi. InsyaAllah..




Liyana
Liyana ini kawan aku masa aku f1 sampai f5. Hahaha. Dia nie dengan Aly pelik sikit. Asyik nak gelak jew. Yana dan Aly lah kawan baik aku dalam kelas memandangkan Mied,Ryan, dan Izzati yang rapat dengan aku di asrama tak sama kelas dengan aku. Tapi sejak Aly kawan baik Yana dah masuk Matrik n9, Yana dah jarang gelak macam dulu. Ya, semestinya terasa sunyi sebab Aly dah tak ada. Mereka pun jarang menghubungi, aku yang jadi orang tengah. Bunyi macam pelikkan?? Susah aku nak terangkan di sini, tapi aku faham situasi mereka. Sekarang nie, tinggal aku dan Yana saja di Banting. Lagi pula aku lak yang nak tinggalkan Yana. Tapi takpe, nanti dia pun akan tinggalkan Banting minggu depan. Kemana destinasi dia? Tanya dia sendiri..hahaha.




Amirul Hafiz
Salah seorang junior aku di sekolah. Anak cikgu pula. "Saya hidung tinggi!". "Saya hebat!" katanya. Padahal bila aku gertak sikit,mulalah dia gelabah. "Janganlah Kak Mas". Hahaha. Bakal mengambil SPM tahun ini bermakna umurnya 17 sudah. Wahh! Apis sudah boleh besar kepala dan buli pelajar lain laa lepas nie. Tak gitu dekpis?Hahaha. Kalau dengan aku, tak habis-habis dia ajak gaduh. Kak masin! kak masin!. Sampai kekadang aku rasa macam nak lempang saja muka dia. Ayat boleh tahan juga 'dasyat dan pedas'. Apa-apa jela apis, janji tak gaduh betul-betul. Lepas nie dah takde la kawan die nak gaduh 2. Haha, padan muka! Jangan asyik nak on9 saja. Pergi baca buku, tahun nie kan nak 'exam'. Kenalah 'study hard'. Barulah boleh banggakan sekolah. Ingat 2!! Belajar! Taulah UPSR dan PMR 'straight' As. SPM pun kena macam 2 juga! Ingat Apis, "Belajar sampai mati, jangan pernah berhenti".




Syafiq
Ini kawan aku. Dari sekolah rendah tapi tak kesampaian pula di sekolah menengah. hampir 5 tahun jugalah sudah terpisah. Tapi jumpa balik selepas kita orang berhempas pulas nak jayakan 'reunion 4 ex SKSL'. Dia sangat pandai 'photoshoot' dan buat sajak. Aku sangat suka gambar kupu-kupu yang dia bagi pada aku masa hari lahir aku dulu. Aku sangat suka ayat-ayat yang dia guna untuk karang sajak pasal kupu-kupu tue. aku rasa dia boleh gantikan A Samad Said lepas nie. Erm tapi,aku terlupa nak letak gambar tue dalam blog aku. Takpe, biar aku letak sekarang. Hikssss..Syafiq ada buat ucapan juga untuk mereka yang bakal pergi esok. Dan aku dah minta 'permission' dia untuk letak dalam blog aku.


"assalamualaikum...
kepada semua yang nak berangkat ke medan perjuangan masing2 esok, 27 jun 2009, saya nak mengucapkan selamat berjaya dalam menempuhi dunia baru, dunia yg penuh cabaran, dan pelbagai jenis orang yg akan kita temui.

Semoga kita bersama-sama pulang membawa kemenangan.
Harumkanlah nama keluarga, tempat membesarnya kita dan orang yg berada di sekeliling kita...

Jangan tersalah jalan bila sudah sampai di tempat baru nanti, diri sendiri juga yang merana...
Dalam setiap tindakan, ingatlah wajah-wajah tua kedua ibubapa kita sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia...
Banyakkanlah bertawaduk dan bertawakal serta berdoa kepada yang maha Esa...
Saya menyampaikan pesanan ini kepada anda semua yang akan berjuang,

Saya...Syafiqjay..."



Wafi
Nie lagi sorang kawan aku. Paling kelakar dalam dunia.Haha, cuma akhir-akhir nie aku jarang 'chatting' ngan dia sebab aku bila 'on9', aku tinggalkan saja laptop. Ini kerana aku sibuk nak download Gossip Girl walaupun aku tak habis tengok lagi series 2. Yang penting, 'ending'nya saya dah tau. Yeah!! Kalau nak tahu pasal Wafi lagi, boleh buka link ini.




Ade lagi insan aku nak promote di sini tapi aku takde cukup masa, so buat Mied, Che Nyor, Sepet, Emma, Bunny dan lain-lain yang aku tak sempat..Maaf sangat-sangat.



ps:- Data mengenai manusia-manusia di atas adalah di tulis tanpa kebenaran. Jadi foto tidak boleh di sertakan. Klik pada nama untuk ke 'link' mereka.

Thursday, June 18, 2009

what a tiring day.

Salam,
today activities,
begin on 3.00pm until 6.45pm



  • cash-kan check ptptn.
  • bayar yuran uitm.
  • buat kad atm.
  • pegi skolah za'im, bayar yuran makan.
  • pegi tesco beli aiskrim.
  • pegi econsave beli barang2.
  • pegi kedai kasut. (tengok2 saja.)
  • pegi kedai yang jual kacang2 tue.Boy ape ntah.
  • pegi 7e beli slurpee.
  • balik.


*bersama-sama di lakukan dengan Ayah.
;)

Monday, June 8, 2009

You click, Digi Donates.

Wednesday, June 3, 2009

Gambar-gambar arrival.

Salam guys,
this is the few pics of me and my taller brother,Zaim
Taken by Kakak and edit by myself.(a few of them.)
;)



our birthday cake, 'Chocolate Indulgence'

2

with umi. ;)

ayah x join pula.

sendiri potong..hiksss

'Jangan potong nama saya!' zaim berkata.

kakak pown nk photogedik juga

pose from Zaim before kasi potong e2 kek.haha.


bakal jadi wakil Malaysia.
Zaim kata 'lihatlah duniaaaa..'